INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Lokasi

• Kampung Telaga Daing terletak di Parlimen Kuala Nerus di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir.
• Kampung Telaga Daing terletak cuma 1 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Manakala jarak Kampung Telaga Daing dari bandar Kuala Terengganu kira-kira 10.4 kilometer.
• Keluasan Kampung Telaga Daing adalah 80 hektar dan terdiri daripada 832 buah rumah.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

i. Pantai Teluk Ketapang



• Pantai ini juga dikenali sebagai Pantai Airport kerana pantai ini terletak bersebelahan dengan Lapangan terbang antarabangsa Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kira-kira 10 km dari pusat bandar utama Kuala Terengganu.

• Pantai ini sering menjadi tumpuan utama oleh pelancong-pelancong terutamanya pada cuti hujung minggu dan waktu cuti sekolah disebabkan oleh Ikan Celup Tepung (ICT) yang sangat fresh. Sajian ini tersangat popular di Terenggganu.

• Di sini juga dijadikan tempat berkelah bersama keluarga, melepak, main layang-layang dan bersantai. Terdapat gerai-gerai jualan sepanjang jalan dan suasana yang sangat meriah sehinggakan nak parking pun susah.


ii. Taman Rekreasi Kompleks Sukan Gong Badak



• Taman Rekreasi Kompleks Sukan Gong badak merupakan salah satu lokasi riadah yang menarik di Terengganu. Lokasinya terletak berhampiran dengan Stadium Tertutup Terengganu.
• Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah pondok rehat dan trek jogging yang menarik iaitu mengelilingi sebuah tasik buatan. Selain itu juga terdapat kemudahan sewa basikal, roller blade,bermain buih belon serta permainan-permainan yang lain. Suasana menjadi bertambah meriah dengan gelak tawa pengunjung dan kanak-kanak yang bermain bersama keluarga dan rakan-rakan.



Tempat Makan Yang Menarik

i. Nur Qaseh Chicken Chop


• Nur Qaseh Chicken Chop (NQCC) merupakan satu kiosk online yang beroperasi bermula tahun 2014. Konsep yang cuba diketengahkan adalah 'western food'.
• Dengan harga RM3.80, Chicken Chop berkenaan mungkin yang paling murah di Malaysia kerana ketika ini belum pernah jumpa Chicken Chop semurah itu menyebabkan ia dikatakan menjadi tumpuan ramai pelanggan dari sini dan luar Terengganu.
• Selain Chicken Chop dijual dengan harga RM3.80, kedai diusahakan Halijah Mar iam Hashim, 37, juga ada menyediakan beberapa menu makanan Barat yang lain seperti Fish & Chip (RM5.80), Meat Ball (RM4.80), Meat Ball Cheese (RM5.80), Spaghetti Meat Ball (RM6.80) dan Salmon Chips (RM6.80).
• Restoran ini beroperasi jam 6 petang hingga 10.30 malam setiap hari kecuali Rabu dan pada jam 7-8 malam ia akan ditutup sebentar bagi menghormati waktu Maghrib manakala pada waktu lain terutamanya selepas pukul 8 malam ke atas NQCC ini sentiasa dipenuhi pelanggan sehingga ada yang menunggu.


ii. Kedai Keropok Lekor B.T.B. 2209




• Kedai ini dikenali Keropok Lekor B.T.B. bersempena dengan nama kampungnya iaitu Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu.
• Perniagaan Keropok Lekor BTB 2209 telah diusahakan oleh dua saudara adik beradik iaitu Mohd Nazri bin Mohd Dagang dan Mohd Nazir bin Mohd Dagang serta saudara yang lain juga turut terlibat.
• Yang menarik di sini ada pelbagai jenis macam keropok dan yang terbaru keropok lekor berkeju atau pun cheesy keropok lekor.
• Percaya atau tidak kalau ada yang nak membeli keropok lekor di sini anda kena mengambil nombor seperti di bank dan nombor anda akan dipanggil apabila sampai giliran anda juga seperti di bank.


iii. Kedai Air Buah Pior


• Terletak tidak jauh dari pantai Teluk Ketapang dan jeti bot penambang Seberang Takir, restoran itu beroperasi setiap hari kecuali Isnin, dibuka mulai pukul lima petang hingga lewat malam dan kerap penuh dengan pelanggan.
• Pengusahanya, Norzita Bakar, 46, berkata, populariti air buah yang begitu sinonim dengan Seberang Takir menyebabkan ia menjadi hidangan wajib di kebanyakan kedai makan dan restoran di sekitar kawasan itu.
• Beroperasi sejak 17 tahun yang lalu, katanya, restoran itu menghidangkan lebih 30 jenis jus buah segar dan pekat seperti mempelam, pisang, nenas, epal, betik, lobak merah, nangka, laici, asam jawa, tomato, oren dan kurma.



Homestay

i. Anjung Barakah Chalet


• Anjung Barakah Chalet menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan pantai sangat sesuai buat sesiapa yang ingin menenangkan fikiran dan bercuti bersama keluarga.
• Mempunyai sebuah homestay untuk diduduki dengan 3 bilik tidur di dalamnya dengan kelengkapan rumah yang lengkap.
• Selain itu, Anjung Barakah Chalet juga ada menawarkan sewa bilik yang dilengkapi dengan 2 buah katil, bilik air, tilam, internet percuma, aircond dan lain-lain lagi.
• Contact person : Mohd Zudilmi bin Mohd Nor (019-3176936)


ii. Rumah Rehat Haji Ismail

• Rumah Rehat Haji Ismail berkonsepkan sebuah rumah yang lengkap dengan kelengkapan sebuah rumah seperti dapur, ruang tamu, bilik, astro, tv dan lain-lain lagi.
• Lokasinya juga berdekatan dengan pantai membuatkan suasana yang sungguh nyaman dan jauh dari hiruk pikuk bandar.
• Contact person : Haji Ismail (09-6621570/ 013-9562437)


iii. Chalet Anjung Pantai Seberang




• Chalet Anjung Pantai Seberang ini berkonsepkan chalet butik, di mana setiap bilik mempunyai keluasan berbeza mengikut kesesuaian jumlah tetamu.
• Chalet tepi pantai di Kuala Terengganu, kini Daerah Kuala Nerus ini sering menjadi tumpuan terutama semasa musim cuti persekolahan termasuk cuti umum, Konvokesyen atau pendaftaran di Pusat Pengajian terdekat dan musim perayaan
• Anjung Pantai Seberang juga berdekatan dengan tempat-tempat makan yang menyediakan pelbagai juadah tempatan seperti nasi dagang, keropok lekor dan air gelas besar yang terkenal.
• Persekitaran yang tenang dan berdekatan dengan lapangan terbang menarik minat pengunjung untuk tinggal di Chalet Anjung Pantai Seberang.
• Tel/Fax : 09-6622022/ 013-9103900

Kemudahan

-Tiada Maklumat-

Pendidikan

-Tiada Maklumat-

Kisah Kejayaan

-Tiada Maklumat-

Keusahawanan

i. EykaFashionShop


Nama Pemilik : Nor Atikah binti Abdullah
Alamat Perniagaan : 10306 E Kg. Teluk Ketapang, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu.
Jenis perniagaan : Menjual pakaian wanita, shawls, brooch, minyak wangi, tudung, kasut, jubah serta makanan dan minuman seperti keropok cheese, cheezy wedges dan ice blended.
No. Telefon : 014-5259645
Facebook : https://www.facebook.com/Eykas-Fashion-Shop-382871165191158/?fref=ts
Instagram : https://www.instagram.com/eykafashionshop/


ii. Kakak Nasi




Nama Pemilik : Nur Dhamirah Raidah binti Abd Jalal
Alamat perniagaan : 11181-E Jalan Fikri, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu
Jenis perniagaan : Menjual makanan tengahari/nasi bajet setiap hari bekerja dan beliau akan hantar makanan tersebut sampai depan rumah/office sesiapa yang order. Menu yang dihidangkan berbeza setiap hari. Antara menu yang disediakan oleh Kakak Nasi ialah seperti nasi dan ikan keli berlada, nasi dan ayam penyet, nasi dan tomyam, nasi tomato, spaghetti, nasi dan ayam bakar lada hitam dan macam-macam lagi.
No. Telefon : 017-9577379
Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100010525117678


iii. Babies Blink Skincare & Sf Beauty Murah


Nama Pemilik : Nor Aima binti Hashim
Alamat perniagaan : A-566 Kampung Baru Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu
Jenis perniagaan : Menjual barangan kosmetik dan kesihatan seperti Babiesblink, Tati Skincare, Jus Minda Caliph dan lain-lain lagi.
No. Telefon : 019-9094947
Facebook : https://www.facebook.com/nurqasehqaisara.izma
Instagram : https://www.instagram.com/babiesblink_tatiskincare_murah/

i. Keropok Lekor Mak Ngah Pak Ali


Nama Pemilik : Haji Ali bin Yaakob
No. Telefon : 013-9339068/ 019-9442499
Waktu Operasi : Setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga petang
(jika keropok habis awal mereka akan tutup awal)
Alamat : A-9447, Kg. Teluk Ketapang, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu.
Produk : Keropok Lekor (RM 0.60 sebatang),
: Keropok Keping (RM 10.00 ½ kilo)


ii. Ayu D’Bahulu




Nama Pemilik : Nor Idayu binti Wahab
No. Telefon : 013-9623065
Waktu Operasi : Setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Alamat : A-7919, Kg. Teluk Ketapang, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu
Produk : Bahulu (RM 3.00 sepeket), (Rm5.00 sebekas)
: Akok (RM 1.30 sepeket)